Siapa kami ..
Rakan Kolaborasi Kami

HPCS Sdn. Bhd. (201201035336)
Sebuah Syarikat Bumiputera yang bergiat cergas dalam industri Teknologi Maklumat sejak tahun 2009 khususnya dalam bidang ‘System Development’, ‘Mobile Application Development’ dan 'Web Application Development' sejak tahun 2009 dan beroperasi di Seksyen U10, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Kami mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam membina sistem dan aplikasi berdasarkan setiap keperluan.

USIM EDUCATION & SKILLS DEVELOPMENT SDN BHD (202201003881)
UEESB ditubuhkan pada tahun 2022 sebagai anak syarikat kepada USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd, yang merupakan cabang komersial Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pendidikan merupakan teras utama syarikat ini. Dengan komitmen terhadappengetahuan, UEESB berusaha memperkasakan pertumbuhan, inovasi, dan kecemerlangan, membentuk masa depan yang lebih cerah untuk semua.
Jika anda mencari cerapan baharu, penyelesaian termaju atau jalan baharu untuk kerjasama, kami menjemput anda untuk menghubungi. Bersamasama, kita akan membentuk masa depan.

AFFIN ISLAMIC
Affin Islamic Bank Berhad ialah bank Islam sepenuhnya milik AFFIN BANK, beroperasi sejak 2006. Ia menawarkan produk dan perkhidmatan patuh Syariah kepada PKS, institusi, runcit dan korporat, menggunakan konsep seperti Musharakah, Mudarabah dan lain-lain.
Bank ini juga antara perintis Platform Akaun Pelaburan (IAP) untuk hubungkan perniagaan dengan pelabur. Selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global. AFFIN ISLAMIC komited dalam inovasi dan pembangunan produk kewangan yang kompetitif.
Misi Kami
Objektif
Memudahkan jemaah membuat infaq
secara atas talian (Online)
Memudahkan masjid dan surau menguruskan maklumat ahli kariah dan khairat kematian dengan lebih efisien.
Mengurangkan pengurusan data secara manual oleh pihak pengurusan masjid dan surau.
Membantu masjid dan surau menguruskan rekod kewangan dengan lebih sistematik dan menjana laporan kewangan.
Para jemaah boleh melakukan pendaftaran dan permohonan bantuan secara atas talian.
Memudahkan proses pendaftaran kehadiran bagi program yang dianjurkan oleh masjid dan surau.
Memudahkan jemaah mendaftar, menyemak dan mengemaskini maklumat kariah dan khairat kematian secara atas talian (Online)